Home Kajian Islam Adab dan Tata Cara Malam Pertama Menurut Islam

Adab dan Tata Cara Malam Pertama Menurut Islam

222
0
SHARE

Malam pertama adalah malam yang melibatkan pasangan baru berkahwian, apabila sang suami menggauli isterinya dengan melakukan hubungan intim.

Untuk pengetahuan semua, mengikut Islam, hal ini sebenarnya mempunyai tertib tersendri dan haruslah mengikut syari’at jika anda dan pasangan adalah seorang muslim sejati.

Untuk kebaikan semua, bagi pasangan yang bakal bernikah tidak lama lagi, ini Wanista lampirkan adab-adab terbaik yang boleh anda amalkan sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan halal buat kali pertama.

#1 Beri Salam Pada Isteri

Suami hendaklah mengucapkan salam terlebih dahulu (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) kepada isteri sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W.

#2 Bergurau

Hendaklah suami membuat gurauan atau berbual ringan dengan isterinya agar suasana tidak tegang. Boleh juga diawali dengan memberikan minuman atau manisan seperti coklat/buah-buahan kepada pasangan. Do something sweet for your partner 🙂

#3 Suami Berdoa Untuk Isteri

Suami boleh letakan tangannnya di atas kepala isteri lalu membacakan doa:

Allahummaa innii as-aluka min khairihaa wa khairi maa jabaltahaa alaihi Wa ‘audzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa syarri maa jabaltahaa alaihi…

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa.” (HR. Bukhari)

#4 Buat Solat Sunat Dua Rakaat

Hal ini bagi memberikan ketenangan kepada pasangan supaya tidak terkejut atau berasa terlalu gementar.

Ha, sebab tu sebelum berkahwin cepat-cepat suruh bakal suami korang tu betulkan bacaan solat mereka. Pastikan Al-Quran sudah dikhatamkan agar tiada masalah untuk menjadi imam kepada anda apabila sudah halal kelak. Paling tidak, suami perlu tahu… hafal… dan lancar bacaan surah lazim.

#5 Disunnahkan Memberus Gigi

Islam amat mementingkan kebersihan. Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan anda dan pasangan sudah mandi dan memberus gigi.

Jangan biarkan hubungan intim menjadi tidak mesra kerana salah seorangnya ‘makan hati’ apabila mulut pasangannya berbau busuk dan sebagainya.

#6 Baca Doa Sebelum Berhubungan Intim

Yang ini penting namun sering dilupakan. Solat sunat sahaja tidak cukup kerana syaitan gemar mengganggu pasangan saat berlakukan hubungan intim.

Untuk itu baca doa supaya zuriat yang mungkin terhasil daripada hubungan intim ini sentiasa dipelihara Allah dan dijauhi pengaruh syaitan, iblis mahupun jin.

سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari-Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda:
Maka, jika Allah menetapkan atau mentakdirkan lahirnya seorang anak daripada hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakan dan mencelakakannya selama-lamanya.

#7 Suami Boleh Buat Apa Sahaja Namun Hanya Pada Kemaluan Isteri 

Sebagaimana firman Allah S.W.T:

Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam (ladang bagimu), maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu (ladang) itu bagaimana saja kamu kehendaki (kapan saja kamu sukai)… Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa engkau kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.”(Q.S. Al Baqarah: 223)

Asbabun Nuzul ayat diatas adalah:

Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Pernah suatu ketika Umar ibnu Khattab menemui Rasulullah S.A.W, seraya berkata, “Ya, Rasulullah, celakalah aku”. Beliau Rasulullah kembali bertanyakan, “Apa yang membuatmu celaka, wahai Umar ibnu Khattab?

Umar ibnu Khattab kemudian menjawab, “Aku membalikkan pelanaku (isteriku) tadi malam”.
Namun Rasulullah S.A.W tidak memberikan jawapan atas pertanyaan tersebut sehinggalah turunnya ayat sebagaimana firman Allah S.W.T seperti di atas tadi.

Kemudian, Rasulullah S.A.W bersabda…
Gauli atau cumbuilah isterimu dari arah depan mahupun belakang. Akan tetapi hindarilah atau jangan menyetubuhinya dari dubur (punggung) ataupun ketika ia sedang haid (datang bulan).”

#8 Masih Boleh Bercumbu dengan Isteri Ketika Isteri Haid

Jika sang suami teringin berjima’ dengan isteri namun isteri sedang dalam haid. Isteri masih boleh membenarkan suami mencumbuinya asalkan tidak memainkan peranan menggunakan kemaluannya untuk bersetubuh (termasuklah dubur kerana jatuh pada hukum haram).

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-

Lakukanlah apa saja kecuali jima’ atau bersetubuh.

Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 302 dan Abu Dawud no. 257… Dan dibawakan oleh sahabat Anas bin Malik R.A.

#9 Berjima’ Pada Bila-Bila Masa

Adalah dibolehkan untuk suami menggauli atau mencampuri isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali ketika isteri sedang dalam haid atau uzur yang akan memberi keburukan kepada keduanya.

#10 Sunnah Berwuduk & Mandi Wajib 

Para ulama berpendapat kuat bahawa sunnah berwuduk dan mandi wajib ini hendaklah dilakukan oleh suami sebaik sebelum tidur.

Isteri juga harus mandi wajib tetapi tidak disunnahkan dilakukan sebelum tidur seperti suami, mungkin boleh dilakukan sebelum bersiap solat Subuh.

Selamat beramal!

Artikel Asli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here