Home Kajian Islam Amalan Untuk Menguatkan Ingatan, Mudah Menghafal Al-Qur’an dan Ilmu Pengetahuan

Amalan Untuk Menguatkan Ingatan, Mudah Menghafal Al-Qur’an dan Ilmu Pengetahuan

237
0
SHARE

Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita kena ingat dan hafal. Namun, sayangnya tidak ramai yang memiliki ingatan yang mudah untuk mengafal Al Quran dek kerana kesibukan dalam urusan dunia seharian.

Apapun, bukan jumlah juzuk semata-mata yang perlu kita tekankan dalam Menghafal Al-Quran, tetapi kesan pemahaman itu kepada hidup kita lebih jauh pentingnya dan adakah kita beramal dengan ajaran Al-Quran?

Jika berpeluang semua orang mahukan ingatan yang mudah dan kuat sehingga ke akhir hayat dan tiada siapa yang mahukan sikap pelupa atau nyanyuk.

Kami ingin kongsikan doa amalan yang boleh membantu kita menguatkan ingatan supaya mudah menghafal Al-Quran dan menambah ilmu pengetahuan yang lain.

1. Setiap hari membaca doa yang diajarkan Rasulullah SAW sebanyak 3 kali, di baca setiap hari iaitu :

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.

Maksudnya, ” Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu. (Hadis Riwayat at-Thabrani)

2. Kata Sayyid Hasan bin Shalih al-Bahr, ‘Untuk memudahkan memahami ilmu, mengamalkannya, dan tidak lupa, maka hendaklah mengulang-ulang doa ini:

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ، وَإِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ، اَللَّهُمَّ اغْنِنِى بِالْعِلْمِ، وَزَيِّنِّى بِالْحِلْمِ، وَأَكْرِمْنِى بِالتَّقْوَى، وَجَمِّلْنِى بِالْعَافِيَةِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمْيِنَ.

Maksudnya, “Ya Allah, sungguh aku meminta kepada-Mu pemahaman para Nabi, ingatan para Rasul, dan ilham para malaikat yang mempunyai kedudukan istimewa. Ya Allah, cukupkan aku dengan ilmu. Hiasi diriku dengan hilmu (kesantunan dan kelembutan). Muliakan aku dengan takwa. Baguskan diriku dengan afiat (kesihatan). Duhai, yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.”

3. Imam as-Suyuthi dalam al-Itqan, menyebutkan bahwa Mughirah bin Subai‘, salah satu sahabat Ibnu Mas‘ud radhiyallahu anhu pernah berkata, ‘Barangsiapa yang membaca 10 ayat dari surat al-Baqarah pada malam hari, maka ia tidak akan lupa dengan hapalan al-Quran, yaitu: 4 ayat permulaannya, Ayat Kursi, 2 ayat sesudah Ayat Kursi, dan 3 ayat terakhir’.

Imam as-Suyuthi menyebutkan atsar ini berdasarkan riwayat Imam ad-Darimi dalam Sunan-nya.

Artikel Asli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here